Polisi Perlindungan Data Peribadi ini dikeluarkan menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”) dan bagi tujuan Notis ini,“Data Peribadi” membawa maksud seperti yang tercatat di dalam Akta.
Notis ini dikuatkuasakan kepada orang yang berkaitan dengan Akta dan bertujuan untuk memberitahu anda bagaimana Data Peribadi anda dikawal, diproses dan/atau diguna oleh Addiin Sdn Bhd (1298668-A), sebuah syarikat yang beroperasi di 23-1, Jalan PP Ixora, Pusat Perniagaan Ixora, 70450 Senawang, Negeri Sembilan, Malaysia.
Untuk tujuan Notis ini, “Data Peribadi” termasuk data yang telah dikumpul dan yang akan dikumpul sebelum dan selepas pengeluaran Notis ini.
Data Peribadi yang dikawal, diproses dan/atau diguna oleh Addiin Sdn Bhd termasuk tetapi tidak terhad kepada nama anda, umur, tarikh lahir, nombor kad pengenalan, butir-butir hubungan, jawatan, pilihan, minat, maklumat berkenaan firma anda dan/atau maklumat lain.
Addiin Sdn Bhd juga mungkin mengumpul Data Peribadi anda daripada pelbagai sumber, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang acara, program latihan, persidangan, seminar, bengkel atau ceramah yang dianjurkan atau ditaja oleh Addiin Sdn Bhd, dan/atau daripada “cookies” yang digunakan di laman sesawang rasmi Addiin Sdn Bhd.
Kami komited untuk memastikan bahawa Data Peribadi anda disimpan dengan selamat dalam pangkalan-pengkalan data dan di pejabat kami.
Segala usaha yang munasabah dan langkah-langkah praktikal untuk memastikan bahawa sebarang Data Peribadi yang disimpan oleh Addiin Sdn Bhd dilindungi daripada apa-apa kehilangan, salah guna, ubah suaian, akses atau pendedahan tanpa persetujuan atau tidak sengaja, pengubahan atau pemusnahan.
Untuk memastikan bahawa Data Peribadi anda dalam penyimpanan kami adalah tepat dan terkini, anda dinasihatkan untuk memaklumkan kepada kami dengan segera sekiranya berlaku apa-apa ketidaktepatan atau apa-apa perubahan kepada Data Peribadi anda.
Polisi perlindungan data peribadi khusus berkaitan penggunaan data peribadi untuk tujuan promosi dan pemasaran kami menekankan komitmen untuk menjaga kerahsiaan dan keamanan data pelanggan. Kami hanya akan menggunakan data peribadi untuk keperluan promosi dan pemasaran dengan izin eksplisit dari pelanggan, serta memastikan bahwa data tersebut tidak akan disampaikan kepada pihak ketiga tanpa persetujuan yang jelas.